power bank dengan panel solar




Kerap kali di dalam situasi dimana peranti sudah hampir kehabisan bateri. Power bank di dalam beg dikeluarkan dan apabila disambung kepada peranti ianya tidak mengecas. Ini adalah kerana power bank itu sendiri sudah kehabisan bateri selepas beberapa kali digunakan. Dengan Solartab masalah dunia pertama ini akan dapat diselesaikan kerana ia mempunyai panel solar terbina.

Solartab mempunyai kapasiti bateri 13000 mAh. Ia mempunyai dua port pengecasan USB yang mengecas pada 2.1 dan 1 Ampere. Panel solar pada bahagian hadapan SolarTab akan mengecas bateri power bank ini setiap kai ia terdedah kepada cahaya matahari.

Power bank yang boleh dicas dengan menggunakan kuasa solar ini pastinya sangat berguna apabila anda berkelah ataupun ketika bencana alam. Apabila tidak digunakan terdapat pelindung merangkap tetongkat yang akan melindungi panel solar dari kerosakan. Anda tidak perlu risau bateri power bank anda akan kehabisan kerana terlupa untuk dicas semalaman. Harga jualan Solartab ialah $119 sebuah.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI