pada hal yang di gelar seorang ajer...tapi nampaknya ada persatuan pembodek tegar nak ambil tindakan terhadap azmin...biasalah nak membodek boss...kalau enggan di gelar bebaskan diri tu dari jadi barua UMNO...!!!

Polis akan buka kertas siasatan terhadap Azmin



Polis akan membuka kertas siasatan sekiranya Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali gagal membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan beliau menggelar ketua polis negara, dengan nama kurang elok.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya memberi masa sekurang-kurang seminggu untuk menteri besar Selangor itu memohon maaf dan jika gagal berbuat demikian pihaknya akan mengambil tindakan lanjut.

"Setakat hari ini, 3 persatuan polis mengeluarkan kenyataan untuk memohon menteri besar Selangor itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Kenyataan terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai 'barua Umno' itu sama seperti menuduh semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya kepada pemberita selepas meninjau pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu di Permatang Pauh, hari ini.

Azmin didakwa menggelar Khalid sebagai 'barua Umno' dalam ceramah di Permatang Pauh, baru-baru ini.

"Polis mahu Azmin membuat permohonan maaf secara terbuka dan bukan melalui setiausaha politiknya. Kami bagi tempoh untuk beliau berbuat demikian," kata Rahim.

Beliau berkata kes Azmin akan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan jika beliau tidak meminta maaf.

Kelmarin, Khalid menyifatkan kenyataan Azmin terhadapnya baru-baru ini sebagai melampau. – Bernama,





##




mentang mentrang  lu pegang kuasa yang di lesenkan oleh menteri kepala samseng  ,lu tunjuk lagak gertak dan ugut supaya azmin minta maaf...isu ini kecik ajer bro...azmin bukan bercakap ikut nafsu...lu cermin diri dulu...selagi UMNO berkuasa boleh lu tunjuk bulu  arrr

tindak tanduk polis terhadap aktivis pembangkang amat jauh  berbeza dengan  penyokong kerajaan BN../..aktivis pembangkang di biarkan berjam jam di balai polis ,malah di reman lagi   sebelum di ambil tindakan ,di hambat macam anjing ...lagak yang di kejar tu penjenayah tegar..sedang penjenayah tegar  yang curi lembu fidlot  pun tak di layan seperti ini... pada hal tak pergi kemana pun sasaran yang di cari dan malah ada yang di tumbuk dan di curi DNA nya di dalam lokap  pun masih tak mengaku  jadi barua UMNO...


so komen wa....dah jelas...


memang barua...apa masalahnya...nak melenting dan menyalahguna kuasa...patotnya polis kena buktikan yang ia bukan barua...tapi dah kena batang hidung sendiri...marah pulak...dah jelas nampak sangat menyalahguna kuasa...pembangkang juga yang jadi mangsa...nak bukti polis memang barua senang ajer...tapi nak nak bukti polis bukan barua...cakap kosong boleh la...mana bukti...takkan isu kecil ini seolah olah di kira menghasut...inilah dia pemikiran budak budak terencat akal...yang di bawa ke alam penguatkuasaan...asal geram dan tak leh terima teguran..ugut dan gertak guna guna undang...apa nie semua...tengok muka seekor sekor makin tua makin nyanyuk dan merapu jadinya...ikut emosi...tak nak di tuduh barua...bebaskan diri dari cengkaman umno atau letak jawatan...habis cerita



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI