bantah GST tapi di ugut rogol oleh polis...macam ketuanya ugut tangkap...menterinya ugut tampar...lagak samseng 1 malaysia....mampos rakyat negara ini...!!!

remaja mahu balai polis berbeza siasat dakwaan rogol



Perhimpunan pada 1 Mei lalu bagi membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) disertai kira-kira 10,000 orang di tengah Kuala Lumpur yang berakhir dengan aman

Seorang remaja yang mendakwa seorang pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengugut untuk merogolnya semasa ditahan pada 1 Mei lalu mahu kesnya disiasat di balai polis berlainan.

Maisara Amira, satu-satunya perempuan daripada 29 orang yang ditahan ekoran perhimpunan Hari Pekerja baru-baru ini, enggan memberikan kenyataan kepada polis mengenai dakwaan rogol itu kerana trauma, menurut peguamnya, Faizal Rahman.

Faizal menolak dakwaan IPD Dang Wangi bahawa siasatan tidak boleh diteruskan kerana Maisara tidak tampil membantu siasatan kes.

"Kami maklumkan polis beliau mengalami trauma dan tidak mampu pergi ke balai polis dengan keadaan sebegitu.

"Kami masih tidak dapat maklum balas daripada polis walaupun kami sudah nyatakan kebimbangan ini sejak hari pertama laporan polis dibuat.

"Jika kami tidak menerima apa-apa kami akan tulis surat susulan mengenai perkara ini supaya pegawai yang mengendalikan IPD itu memutuskan sama ada boleh disiasat selain di Dang Wangi," katanya.

Maisara membuat laporan polis terhadap dakwaan ugutan rogol di IPD Petaling Jaya, Jumaat lalu.

Katanya, ugutan itu berlaku pada 5 Mei, semasa Maisara disoal siasat polis tidak berpakaian seragam, antara pukul 11.30 pagi dan 1.30 petang, beberapa jam sebelum dibebaskan pada hari sama.

Faizal berkata, anak guamnya membuat laporan di balai polis lain kerana mahu siasatan bebas, dan bersedia mengecam pegawai yang mengugutnya.

Katanya, tidak menjadi masalah pegawai penyiasat yang mengendalikan kes itu daripada Dang Wangi selagi keterangan Maisara dan proses pengecaman dilakukan di balai lain.

Sebelum ini, Ketua Polis IPD Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata Maisara masih belum tampil membantu siasatan walaupun polis cuba menghubunginya.

"Kita juga sudah hubungi untuk rekodkan keterangan tetapi be‎liau mahu tunggu peguam berjumpa dengan kita. Sehingga sekarang dia belum tampil membantu siasatan," Zainol dilaporkan berkata.

Faizal berkata polis hanya perlu berurusan dengan peguam Maisara.

"Kita tak mahu Maisarah berhubung dengan polis, apa saja yang polis mahu boleh terus hubungi peguam," katanya.

Enam antara 29 remaja yang ditahan polis selepas perhimpunan 1 Mei membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah bawah umur dan dibebaskan keesokannya.

Maisara dan yang lain dibebaskan pada Selasa, selepas polis memperoleh perintah melanjutkan reman‎ sehari lagi.

Sekumpulan anak muda semasa himpunan itu dilihat berpakaian hitam dan menutup muka, dan melepaskan bom asap, melontarkan mercun, membakar sampah dan menconteng dinding awam.

Perhimpunan yang disertai kira-kira 10,000 orang di tengah Kuala Lumpur itu, bagaimanapun, berakhir dengan aman





##



dasyat polis malaysia...bila jadi barua UMNO...pasal GST ajer nak ugut  rogol...perangai  samseng 1 malaysia...

dia pikir dia siapa...sama macam KPN...marahlah pulak di katakan barua UMNO...tapi ini bukti yang jelas..kalau dah kuah tumpah ke nasi...nak tengok perangai ketua boleh tengok perangai orang bawahannya.

satu tindakan yang tegas  wajar di ambil oleh rakyat untuk mengajar anjing anjing politik ini...jangan sampai cacing naik ke mata..Demi politik yang matang dan bersih dari pelbagai taktik yang menindas rakyat  dah  sampai masa UMNO wajar di nyahkan dari pesada politik negara ini.

polis sepatutnya jaga keselamatan rakyat ...tapi ini tidak ...harapkan pagar...pagar makan padi...dah menteri kata ugutan tampar bukan ancaman....agaknya ugutan rogol pun bukan ancaman...so boleh buat sesuka hati...!!!


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI