rompak guna coli tapi pengsan di hentak patung ayam





Patung ayam yang digunakan mangsa untuk menghentak perompak ‘bersenjatakan’ coli.

Lexington – Seorang wanita didakwa di sebuah mahkamah di sini atas tuduhan cuba merompak dengan menggunakan coli.

Ashley Sies, 31, ditahan pada Isnin lalu selepas dia cuba menceroboh masuk ke sebuah rumah milik seorang wanita, Patricia Leece.

Patricia, 61, berkata, wanita itu datang ke rumahnya pada jam 12.30 tengah malam (waktu tempatan) dan terus mengetuk pintu dengan kuat.

“Pada mulanya saya menyangka cucu saya yang mengetuk pintu dan apabila saya membuka pintu secara tiba-tiba Ashley menyerbu masuk.

“Ashley kemudian melilit leher saya dengan coli dan cuba menjerut saya,” katanya.

Ujarnya, dia bergelut dengan Ashley selama 15 minit sebelum dia mendapat peluang menyelamatkan diri.

“Ketika sedang bergelut, saya ternampak satu patung ayam seramik di atas lantai dan terus mengambil objek itu lalu memukul kepala wanita berkenaan.

“Saya memukul kepala dan muka wanita itu beberapa kali sehingga dia akhirnya pengsan,” jelasnya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI