surat tulisan tangan Einstein bernilai £50,000



SURAT yang ditulis oleh Einstein pada tahun 1925 ini dijual pada harga hampir £50,000


BOSTON, Amerika Syarikat – Sekeping surat yang ditulis dalam bahasa Itali oleh saintis terkenal Austria, Albert Einstein telah dijual pada harga hampir £50,000 (RM206,750) dalam satu lelongan yang diadakan di sini baru-baru ini.

Surat yang mempertahankan teori kerelatifan itu dialamatkan kepada seorang jurutera elektrik di Itali, Giovanni Giorgi bagi menjawab pengkritik Amerika Syarikat yang menentang teorinya.

Surat berkenaan ditulis pada tahun 1925 dan merupakan salah satu contoh nota mengenai ilmu Sains yang ditulis Einstein dalam bahasa Itali.

Einstein amat jarang menulis dalam bahasa tersebut walaupun dia fasih berkata-kata dalam bahasa itu kerana dia pernah tinggal di Itali bersama keluarganya sekitar tahun 1890-an.

Menurut jurucakap Rumah Lelongan RR, surat yang ditulis Einstein sangat menarik dan indah. Setiap ayatnya menjelaskan mengenai teori kerelatifan dan dijelaskan dengan panjang lebar olehnya.

“Surat seumpama ini yang ditulis dalam bahasa Itali oleh Einstein amat jarang dijumpai. Maka sebab itulah surat ini telah dijual pada harga yang mahal,” katanya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI