presiden amerika Obama di syaki sebagai suspek kes rogol...kah kah kah



SALURAN televisyen FOX 5 secara tidak sengaja menyiarkan gambar Obama sebagai suspek rogol.

SAN DIEGO, Amerika Syarikat – Sebuah stesen televisyen di sini secara tidak sengaja menyiarkan gambar pemimpin Amerika Syarikat (AS), Presiden Barack Obama sebagai suspek kes jenayah rogol baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku sewaktu personaliti televisyen, Kathleen Bade sedang menyampaikan berita berkaitan seorang suspek rogol yang didapati tidak bersalah.

Gambar Obama telah disiarkan selama lima saat bersama teks ‘NO CHARGES’ (tidak bersalah) dan pada masa yang sama, Bade melaporkan Pendakwa Daerah San Diego, Bonnie Dumanis menarik balik dakwaan terhadap suspek.

Tindakan itu telah mengundang perasaan marah dalam kalangan penyokong Obama yang beranggapan bahawa stesen televisyen tersebut sengaja melakukan perkara berkenaan.

“Perkara sebegini seharusnya tidak berlaku kerana perbuatan ini sungguh memalukan,” ujar seorang penyokong Obama.

Editor saluran Fox 5, Mike Wille berkata, pihak mereka telah mengenal pasti kesilapan berkenaan dan memohon agar perkara itu tidak akan dibesarkan.

“Saya yakin perbuatan itu dilakukan secara tidak sengaja dan kejadian terbabit tidak mempunyai sebarang unsur politik,” jelasnya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI