najib saman Harakah kerana konon fitnah keluarganya...tapi kenapa tak saman akhbar luar negara yang kononnya menfitnahnya dalam kes pembunuhan altantuya...?...tak saman bermakna tuduhan itu adalah benar...!!!



Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan tindakannya menyaman organ rasmi PAS Harakahdaily, mengatakan beliau berhak melakukan demikian bagi melindungi keluarganya.

"Memandangkan mereka memfitnah (keluarga saya), saya perlu menyaman mereka atau minta mereka tarik balik apa yang mereka katakan dalam Harakah," Perdana Menteri dipetik sebagai berkata oleh The Star Online di Sri Aman, Sarawak.

"Apa yang dilaporkan dalam Harakah satu fitnah dan tidak benar sama sekali. Mereka tidak menunjukkan bukti. Jadi, hak saya mempertahankan diri saya dan keluarga saya," katanya.

Utusan Online melaporkan semalam, Najib mengambil tindakan undang-undang ke atas Harakah Daily kerana didakwa memfitnahnya melalui laporan bertajuk ‘Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?’.

Surat tuntutan bagi memulakan tindakan undang-undang itu dilaporkan diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub jam 3 petang Khamis.

Menurutnya, tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi berikutan fitnah dibuat Harakah menerusi berita bertarikh 12 Februari 2015 itu yang merupakan satu komentar terhadap rencana The New York Times.

Media asing itu melaporkan mengenai kekayaan ahli perniagaan Low Taek Jho dan peranannya sebagai pelabur hartanah.

Low, juga dikenali sebagai Jho Low, merupakan rakan rapat Najib dan dikatakan mempunyai transaksi urusniaga dengan berbagai pihak termasuk Riza.

Riza, anak tiri Najib, mendapat perhatian media tahun lalu selepas dia dilaporkan menerbitkan filem "The Wolf of Wall Street" yang memenangi anugerah dan membeli kondominium mewah di New York bernilai RM110 juta.

Manakala, artikel New York Times yang bertajuk "Well connected at home, young Malaysian has an appetite for New York" itu, menggambarkan bagaimana Low pada 2010 mula membuat urusan jualbeli hartanah yang sangat mahal di Amerika Syarikat menggunakan syarikat cengkerang.

Di dalam tulisannya, Rosli menyatakan pembelian kondominium mewah oleh Low menimbulkan persoalan penting mengenai dari mana dia memperolehi wang itu.

Pernah dispekulasi menjadi penasihat 1MDB, Low menerima bayaran yang lumayan kerana peranannya dalam syarikat pelaburan negara itu, kata Harakahdaily.

Artikel itu juga mempersoalkan bagaimana Riza mendapat dana membeli hartanah mewah daripada Low dan membiayai syarikat produksi Red Granite Pictures.

Memetik artikel New York Times, Harakahdaily berkata, Riza pernah mengatakan beliau membiayai filemnya dengan wang yang diperolehi daripada "kekayaan negara," dipercayai merujuk kepada 1MDB.

Ketika dihubungi semalam, Rosli berkata beliau bangga disaman perdana menteri, sambil menambah beliau akan meminta nasihat peguamnya Mohamed Hanipa Maidin sebelum mengambil apa-apa tindakan.

“Saya bangga sebagai orang kecil macam saya pun, perdana menteri akan saman,” katanya.

1MDB merupakan entiti yang dimiliki Kementerian Kewangan dan Riza merupakan anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor dalam perkahwinan terdahulunya


##


mangkuk nie saman  sebab nak menjaga maruah  keluarga nya yang terpalit dengan pelbagai skandal..yang tak mampu  nak dijawab...kalau benar sekali pun kenapa  memperalat SPRM supaya tidak menyiasat  pembelian kondo  anak rosmah di new york...

SPRM kata tiada kuasa dakwa pembelian kondominium mewah anak Rosmah di New York 

dan kalau benar lah  mangkuk  ini di fitnah  seperti di war war  dalam kes pembunuhan altantuya  ...kenapa  najib tak berani menyaman akhbar yang berkenaan...

Mengapa Najib tidak berani menyaman Akhbar Perancis - Liberation ?

ini bermakna tak menyaman  menunjukkan tuduhan itu benar  belaka lah...!!!

apa pun  tindakan najib  menyaman hanyalah untuk mengertak  dan menutup mulut pengkritik nya  dan bukan untuk membersihkan namanya yang sememangnya telah terpalit dengan beberapa skandal sebelom ini...

kita tak heran kalau najib menang dalam saman ini walaupun memang terbukti beliau dan keluarga beliau memang terlibat dalam salah laku penggunaan wang negara 1 MDB .Ini kerana mahkamah  dan hakim di negara ini adalah di bawah telunjuk beliau...Sedangkan kes liwat liwat DSAI yang tidak mempunyai bukti kukuh pun boleh sumbat DSAI ke penjara ,inikan kes beliau


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI