mati kena belit ular



Gambar hiasan

Bali: Seorang pengawal keselamatan mati dibelit seekor ular sawa di depan orang ramai di luar sebuah hotel mewah di Bali, Indonesia, kelmarin  Ambar Arianto Mulyo, 59, yang bekerja di sebuah restoran berhampiran menawar diri untuk menangkap ular sepanjang lima meter itu.

Ular berkenaan sebelum itu dilihat beberapa kali di hotel di kawasan Sanur.
Ambar berjaya menangkap kepala dan ekor ular itu sebelum meletakkannya pada bahunya, kata Agung Bawa, penolong pengurus keselamatan hotel terbabit yang ditutup kerana kerja baik pulih sehingga 2015.

Tetapi ular itu membelit badan mangsa dan menjerutnya hingga mati.Orang ramai yang melihat kejadian itu tidak dapat membantu.Polis yang tiba juga gagal menyelamatkan Ambar.

Ular itu kemudian menyelinap ke kawasan semak berhampiran.Sehingga malam tadi, polis masih memburunya.

Kejadian berlaku awal awal pagi kelmarin.Ular berkenaan dikatakan muncul untuk menyeberang jalan raya berhampiran hotel Hyatt Bali.“Ia berlaku begitu pantas.

Kami sedih kerana tidak dapat membantu Ambar,” kata Bawa.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI