dron misteri jadi phobia di peranchis




PESAWAT kawalan jauh atau dron mula dikesan berlegar-legar di ruang udara Paris sejak Oktober tahun lalu

PARIS – Beberapa pesawat kawalan jauh atau dron tidak dikenali terbang di sini untuk malam kedua berturut-turut, kata polis berhubung kemunculan terbaharu dron misteri itu semalam.

Pesawat misteri itu muncul selepas pihak berkuasa mengetatkan kawalan keselamatan di bandar raya ini.

Penemuan terbaharu itu menyusul selepas beberapa dron yang dikesan berlegar di atas loji nuklear Perancis pada tahun lalu dan ruang udara Istana Presiden baru-baru ini serta sebuah teluk di Brittany yang menempatkan kapal selam nuklear.

Pihak berkuasa keliru ekoran gagal menangkap pengendali dron-dron tersebut atau mengenal pasti sama ada penerbangan pesawat itu berniat jahat terutamanya selepas serangan berdarah ke atas kota raya ini pada bulan lalu.

Sumber polis memberitahu agensi berita AFP bahawa beberapa saksi dan anggota pasukan keselamatan melaporkan berhubung sekurang-kurangnya lima penemuan dron sejak kelmarin di pusat bandar raya ini.

Menurut sumber itu lagi, pesawat kecil itu dilihat terbang berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS), tidak jauh dari muzium tentera Invalides, Menara Eiffel dan beberapa batang jalan masuk dan keluar utama dari ibu negara Perancis itu.

Siasatan pihak polis dilakukan bagi mengetahui pihak yang bertanggungjawab berhubung lima kejadian berasingan di kawasan sama sekitar bandar raya ini sejak kelmarin.

“Adakah ia suatu permainan? Misi untuk perisikan? kami akan menyiasat,” kata seorang ketua polis di sini kelmarin.

Pihak berkuasa mula mengesan kemunculan pesawat dron melintasi ruang udara kota metropolitan ini pada Oktober tahun lalu apabila syarikat pembekal tenaga EDF membuat aduan polis selepas mengesan beberapa dron berlegar-legar dan melintasi tujuh loji nuklear Perancis.

Undang-undang di Perancis melarang pesawat dron daripada terbang di ruang udara lokasi dianggap sensitif seperti loji nuklear yang dilindungi zon larangan penerbangan seluas 2.5 kilometer persegi, manakala pesawat tanpa pemandu itu turut dilarang terbang di bandar raya ini.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI