alasan tentera filipina...polis nak tunjuk pandai punca tentera gagal selamatkan 44 anggota polis yang terkorban



SEKUMPULAN penunjuk perasaan memegang kain rentang yang tertera slogan penentangan terhadap kerajaan Amerika Syarikat selain mendakwa punca kepada kematian Zulkifli Hir atau dikenali sebagai Marwan.

MANILA – Tentera Filipina mempertahankan tindakannya dalam kejadian 44 anggota komando polis terbunuh semasa satu serbuan yang kononnya antipengganas sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, anggota komando polis itu diserang oleh dua kumpulan pemberontak Islam, termasuk satu kumpulan yang menandatangani perjanjian damai dengan Manila tahun lalu, dalam misi menangkap Zulkifli Hir iaitu salah seorang pejuang islam  paling dikehendaki.

Ketua Staf Tentera, Jeneral Gregorio Catapang berkata, pihak tentera tidak dapat bertindak segera menyelamatkan unit polis berkenaan kerana lokasi pasukan itu jauh serta di kawasan berpaya di selatan Mindanao.

“Kami tidak tahu lokasi yang tepat di mana polis berkenaan berada semasa kejadian, mereka tidak memberitahu kami sehingga menyukarkan operasi menyelamat,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Catapang memberitahu, pasukan polis itu berjaya diselamatkan selepas hampir 18 jam insiden berlaku dan laporan penuh mengenai kejadian itu telah dikemukakan kepada Presiden Benigno Aquino.

Aquino dan tentera sebelum ini dikritik hebat oleh banyak pihak kerana gagal memastikan keselamatan nyawa anggota polis terbabit semasa mereka menyertai operasi seperti itu.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI