resepi kerang masak manis



BAHAN-BAHANNYA :-)

2 cawan isi kerang (guna kerang segar, rebus dan ambil isinya)
1 pokok kecil daun ketumbar, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 camca besar sos plum
2 camca besar sos cili thai
7-8 biji cili padi, diketuk
Sos ikan secukup rasa (kurang lebih 1 camca teh)

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)

4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah kecil

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan 3 camca besar minyak, tumis bahan tumbuk halus hingga harum. Masukkan sos cili thai dan sos plum, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Masukkan cili padi dan kerang. Kacau rata.

Tambah hirisan bawang besar dan perasakan dengan sos ikan secukup rasa. Masak hingga pekat. Akhir sekali tambah hirisan daun ketumbar. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hias dengan daun ketumbar sebelum dihidangkan. Sedap dimakan bersama nasi panas....Selamat mencuba!!.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI