char kuey teow




BAHAN-BAHANNYA :-)

150 gram kuey teow (kurang lebih), cuci dan toskan
10 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan
1 genggam isi kerang
1 camca besar cili kisar
1 camca teh kicap pekat JALEN
1 camca besar kicap lemak manis JALEN
1 biji telur, pukul sedikit
2 ulas bawang puith, cincang halus
1 mangkuk kecil taugeh, dibersihkan
10 tangkai kucai, dipotong pendek
Sos ikan secukup rasa
1/4 cawan air
Cili hijau jeruk, jika suka
Sebiji limau kasturi, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Masukkan kicap pekat dan kicap manis, gaul rata. Tambah udang dan isi kerang, kacau dan masak sekejap. Guna api kecil.

Tambah air, kacau dan bila pekat. Masukkan kuey teow, gaul rata. Buat lubang ditengah2 kuey teow tadi, masukkan telur dan biar telur mengental. Kacau rata dan gaul dengan kuey teow. Tambah sos ikan secukup rasa dan kacau lagi.

Akhir sekali masukkan taugeh dan kucai. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama cili hijau jeruk dan belahan limau kasturi..enak dimakan panas2..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI