gengster ala geng mamak ke nie...?...polis akan buru sampai ke lubang cacing mamat pembuli jalanraya ini...!!!




Polis sedang mengesan suspek yang dipercayai menyerang kenderaan rasmi kerajaan milik Unit Vektor Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat, dalam satu kejadian di Jalan Reko menuju ke Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang Sdn Bhd (SILK), Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, cermin kenderaan jenis Toyota Hilux pecah di bahagian pemandu akibat dipukul dengan pengunci stereng. setelah  mangsa 23 tahun, pemandu Jabatan Kesihatan Hulu Langat memberhentikan kenderaan di tepi jalan selepas dihalang oleh suspek yang menaiki kereta Perodua Myvi.

Suspek bertindak sedemikian dipercayai kerana kenderaan mangsa telah bergesel dengan kereta dipandunya.  “Selepas itu, suspek bertindak mengeluarkan pengunci stereng dan meluru ke arah kenderaan dipandu mangsa, sebelum memukul cermin sehingga pecah.

Mangsa yang ketakutan tidak keluar dari kenderaannya dan segera beredar serta terus ke balai polis membuat laporan,

Hasil maklumat nombor kenderaan dinaiki, suspek dipercayai berumur 30-an dan tinggal di Bandar Tun Hussin Onn. “Namun, suspek dipercayai tidak lagi menetap di situ,Punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506, Kanun Keseksaan.

Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat, Dr Mohd Hanif Zailani mengesahkan kejadian, dan laporan polis telah dilakukan sejurus selepas kejadian. Katanya, sewaktu kejadian petugas terbabit dalam perjalanan bertugas kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kejadian itu.

Kejadian didakwa buli jalanan itu menjadi 'viral' di laman sosial Facebook apabila gambar kejadian terbabit dikongsi pengguna.

Salah satu daripada tiga gambar berkenaan memaparkan seorang lelaki keluar daripada kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan marah sambil memegang kunci stereng kereta. Manakala dua lagi gambar memaparkan keadaan cermin kenderaan unit berkenaan pecah dipercayai dilakukan oleh lelaki berkenaan menggunakan kunci stereng.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI