kesan tingalan dinosour di temui di trengganu
11:41 PTG
fosil dinosour
,
gigi dinosaur
,
penyelidik
,
tapak kaki dinosour
,
trengganu
,
tulang dinosour
Edit
Kuala Terengganu: Sekumpulan penyelidik dan pensyarah beberapa universiti tempatan menemui fosil dinosour termasuk tapak kaki, tulang dan gigi di taman negara di Gunung Gagau, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dalam satu ekspedisi bulan lalu.
Penemuan membanggakan itu adalah hasil ekspedisi yang dinamakan Ekspedisi Gagau-Menjejak Dinosaur 2014.Ekspedisi dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Kumpulan
Warisan Geologi yang dianggotai pensyarah dan penyelidik daripada beberapa universiti tempatan bersama Jabatan Perhilitan dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dijalankan pada 13 hingga 23 Oktober lalu.
Ekspedisi itu membawa kepada penemuan fosil gigi, kesan tapak kaki dan tulang dinosaur spesies Theropod, Iguanodontid dan Sauropod di Sungai Chichir, Tasik Kenyir.
Selain itu, penyelidik turut menemui fosil tumbuhan, kayu terpetri dan singkapan batu arang di Sungai Pertang.
Ini selepas berpenat lelah meredah hutan dan mendaki gunung dalam keadaan cuaca tidak menentu, akhirnya pasukan berkenaan menemui penemuan yang menggembirakan.
Rakyat Terengganu pasti gembira dan bersyukur dengan penemuan ini dan ini akan memberi nilai tambah ke arah usaha mewujudkan Geopark Tasik Kenyir.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI