Selepas menghabiskan masa berbulan-bulan, malah bertahun-tahun mengemas dan merapikan bulu muka masing-masing, akhirnya kumpulan lelaki ini berpeluang mempamerkan hasil kesabaran dan penat lelah mereka.
Pemilihan pemenang diadakan di kejohanan jangÂgut dan misai di Portland, Oregon, minggu lalu.
Sebanyak 17 kategori dipertandingkan dan hampir 300 peserta dari sembilan negara menyertainya.
Mereka berarak menaiki pentas sambil mengibarkan bendera di depan penonton, seperti perarakan dalam Sukan Olimpik.
Pertandingan yang diadakan di Auditorium Keller itu diadilii lima orang, termasuk Ratu Oregon 2014 Rebecca Anderson dan pengarang buku 'One Thousand Beards' Allan Peterkin.
Wakil tempatan, Madison Rowley menang tipis ke atas peserta veteran Mike Johnson untuk memenangi emas bagi acara keseluruhan.
Dia juga memenangi hadiah perbelanjaan perjalanan ke Leogang, Austria untuk membolehkannya menyertai Kejohanan Dunia 2015 kelak.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI