google street view kaedah pengintipan yang sangat bahaya...terkini di gurun liwa ia merakam menggunakan unta






Google sedia merakamkan beberapa lokasi menarik di seluruh dunia menggunakan Street View Trekker meraka, termasuk Malaysia yang kini telah meliputi lebih 90% seluruh kawasan Semenanjung.

Terkini mereka turut membawakan rakaman gambar 360 darjah dari Gurun Liwa yang terletak di Abu Dhabi, UAE.

Apa yang menariknya ialah kebiasaan penggunaan Trekker (kamera GPS) diletakkan pada kenderaan seperti SUV, tetapi bagi Gurun Liwa yang sangat luas, Google nampaknya memasang Trekker pada Unta, dan menggunakannya untuk merakam gambar Street View.

 Menurut Google, Gurun Liwa merupakan salah satu lokasi dengan landskap yang cantik di dunia dan pengguna kini boleh turut melawati Liwa Oasis, iaitu oasis terbesar di semenanjung Arab menggunakan Street View.

Sebelum ini, pihak Google telah menggunakan beberapa kaedah untuk merakamkan gambar mengikut lokasi, termasuk menggunakan kayak untuk rakaman pantai Semenanjung Malaysia serta menggunakan motorsikal kapcai untuk rakaman di Pulau Pangkor.



Perlu Ke Google Street View? Rasa Macam Tak Selamat Jer





PENGUMUMAN oleh Google Malaysia bahawa hampir 90 peratus imej pemandangan yang didapati di sepanjang jalan-jalan semenanjung Malaysia boleh dilihat di laman Google Street View telah mengundang pelbagai reaksi.

Rata-rata berkata ia menjejaskan privasi kerana kediaman mereka boleh dilihat di laman dan aplikasi Google Maps.

Membuka ruang untuk perompak datang merompak rumah,” tulis Nazron Amir Mohd Naser.

Sambung Ahmad Faidzal, “Memudahkan kerja perompak. Taip alamat jer, pilih rumah mana satu hendak rompak.”

Komen-komen ini dipetik dari laman Facebook Astro Awani.

Sham Sharif yang mencari kediaman keluarga menerusi Google Street View terperanjat kerana Arwah ayah beliau kelihatan di laman berkenaan.

“Baru lepas Google rumah di Ipoh. Terperanjat kami nampak Arwah ayah yang sedang tutup gate masjid. Map itu diambil tahun lepas. Ayah meninggal pada Ogos tahun ini,” tulis beliau.

Pengguna Facebook Nik Soh Che Man teknologi ada baik dan buruknya.

“Kita perlulah berhati-hati dan belajar mengenalpasti langkah-langkah untuk mengelak daripada anasir jahat yang mungkin akan dilakukan dengan kemudahan teknologi tersebut,” tulisnya.

Pada majlis pengumuman perkembangan terkini Google Street View, Pengarah Urusan Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata imej dirakam di jalan raya awam dan mereka menitikberatkan isu privasi. Muka-muka orang awam dan plat kenderaan dikaburkan.

Pengguna boleh melaporkan jika mereka tidak senang dengan imej-imej yang dipaparkan di Google Street View.

Kowang semua dah cuba?

Bahaya betul la…. Senang orang nak sekodeng kita. Hati-hati la semua yer, jangan dedah alamat rumah kita. Seram pulak kita…!!



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI