bina luncur air di belakang rumah



Inilah dia luncur air yang dibina di belakang rumahnya di Stonham Aspal, Britain.

SUFFOLK, Britain - Seorang lelaki membina sebuah terowong luncur air gergasi sepanjang 40 meter di sebuah taman di belakang rumahnya di Stonham Aspal di sini.

Lelaki itu, Paul Betts mendapat idea untuk memasang luncur air tersebut selepas mendapat tahu peralatan rekreasi itu dijual pada harga serendah £50 (RM265).

Paul yang dibantu anak lelakinya, Shaun mengambil masa tiga hari untuk membawa luncur air itu ke rumahnya dan memerlukan masa beberapa minggu lagi untuk memasangnya semula.

"Saya merancang membina sebuah rumah di atas pokok bagi memudahkan sesiapa masuk ke dalam gelung air ini dan meluncur ke bawah.

"Kami mahu luncur air ini disiapkan sebelum musim panas ini supaya semua rakan-rakan kami boleh merasai pengalaman meluncur di belakang rumah saya," katanya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI