rumah terkecil di dunia berharga rm 1.43 juta



SEBUAH bilik tidur yang diletakkan di atas bahagian dapur.

LONDON - Sebuah rumah yang dianggap sebagai rumah 'paling kecil di dunia' yang terletak di kejiranan Islington di utara London bakal dijual pada harga AS$450,000 (RM1.43 juta), lapor New York Daily News kelmarin.

Rumah dengan sebuah bilik tidur, dapur dan sebuah bilik air itu terletak di kawasan kejiranan terkenal di London yang mana harga hartanah di lokasi itu melambung pada setiap tahun.

Kediaman tersebut sangat kecil sehingga bilik tidur dibina di atas dapur dan pemiliknya perlu menaiki tangga kecil untuk ke ruang berkenaan.

Seorang ejen jualan rumah berkenaan berkata, hartanah itu sangat unik dan baru sahaja dibina serta dijual di pasaran.

"Ini mungkin rumah paling kecil di dunia tetapi harganya sangat berpatutan di lokasi ini," katanya.

Harga hartanah di Islington telah meningkat sebanyak 20 peratus sejak beberapa tahun lalu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI