bayar saman trafik selepas 50 tahun




ROBERT ATHERTON disaman kerana meletakkan motosikal di kawasan yang tidak dibenarkan sewaktu melancong ke Itali pada tahun 1964.

PHOENIX, Arizona - Seorang pelancong Amerika Syarikat (AS), Robert Atherton yang telah dikenakan saman trafik sebanyak 57Penny (RM2.99) ketika melancong ke Itali pada tahun 1964 membayar saman tersebut 50 tahun kemudian, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Saman berkenaan berjumlah kira-kira £8 (RM41) menurut nilai mata wang semasa.

Atherton disaman selepas dia meletakkan motosikal vespa yang dinaikinya di tempat larangan di bandar Lerici dalam negeri Liguria.

Saman itu sepatutnya dibayar dalam tempoh 15 hari.

Dia mendapat tahu mengenainya baru-baru ini ketika menyelongkar dokumen yang dibawa semasa melancong ke Itali pada tahun berkenaan.

Lelaki yang berasal dari Phoenix, Arizona kemudian mengirimkan wang AS$50 (RM158) kepada Majlis Perbandaran Lerici untuk menjelaskan saman tertunggak itu.

Atherton turut menyertakan sekeping nota untuk memohon maaf kerana terlupa membayar saman itu.

"Atherton merupakan seorang yang jujur dan saya berharap dia mampu menjadi tauladan kepada orang lain," kata Datuk Bandar Lerici, Marci Caluri yang tidak mengenakan penalti kepada lelaki itu walaupun dia terlewat membayar saman selama 18,000 hari.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI