alahai dah mati pun susah...mayat di usir dari kubur 'VIP'



SEORANG pekerja tanah perkuburan membawa mayat seorang wanita semasa proses pemindahan mayat.

BANDAR RAYA GUATEMALA - Sebilangan mayat dari sebuah tanah perkuburan swasta di Bandaraya Guatemala di sini telah dikeluarkan dari kubur masing-masing selepas tempoh pajakan yang ditetapkan ke atas tapak persemadian mayat-mayat itu tamat tempoh.

Kubur-kubur itu dipecahkan oleh pekerja tanah perkuburan dengan menggunakan penukul sebelum mayat-mayat itu yang telah reput dan sebilangan menjadi seperti mumia dibawa keluar dan dimasukkan ke dalam plastik serta dilabelkan.

Kebanyakan mayat-mayat yang 'diusir' itu terdiri daripada keluarga miskin yang tidak mampu menyediakan kubur untuk ahli keluarga mereka dan terpaksa menyewa tapak perkuburan buat sementara waktu.

Apabila tempoh pajakan tamat dan waris gagal membuat bayaran pajakan semula, mayat-mayat itu akan dibawa keluar untuk digantikan dengan mayat baharu.

"Suasana di perkuburan itu sangat menakutkan, namun ia tetap kelihatan menarik apabila melihat ada keluarga kepada si mati datang menuntut anggota keluarga mereka," kata Jorge Dan Lopez yang telah merakamkan gambar aktiviti menggali kubur-kubur itu.

Mayat-mayat yang tidak dituntut pula akan dikebumikan di tanah perkuburan lain secara beramai-ramai.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI