telur burung gajah bernilai RM 262 000



FULLER memegang telur burung gajah yang akan dilelong di rumah lelongan Summers Place Auctions di Billingshurst

LONDON – Sebutir telur burung paling besar di dunia dijangka dijual pada harga £50,000 (RM262,174) pada satu acara lelongan yang berlangsung di Billingshurst di West Sussex dekat sini hari ini.

Telur berkenaan berasal daripada spesies burung gajah yang hidup di Madagascar sebelum ia pupus 200 tahun dahulu.

Telur sepanjang 30.48 sentimeter itu sangat besar sehingga boleh memuatkan sebanyak tujuh biji telur burung unta dan 100 biji telur ayam.

Rumah lelongan Summers Place Auctions percaya telur berkenaan boleh dijual antara £30,000 (RM157,318) hingga £50,000 (RM262,174) sebiji.

Kurator di Summers Place Auctions, Errol Fuller berkata, pakar telah mengesahkan telur berkenaan adalah yang paling besar di dunia dan tiada haiwan lain yang dapat menandinginya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI