keganasan zionis sebabkan pemulihan gaza ambil masa 20 tahun




BEBERAPA wanita Palestin memerhatikan sebuah bangunan kediaman yang musnah dalam pertempuran antara Hamas dan Israel di Beit Hanun, utara Genting Gaza kelmarin.


BANDAR GAZA - Sebuah organisasi antarabangsa yang menilai proses pembinaan semula Gaza menyatakan, masa 20 tahun diperlukan untuk membina semula kediaman yang musnah dalam peperangan dengan Israel.

Penilaian tersebut dibuat oleh pertubuhan bantuan antarabangsa, Shelter Cluster yang turut dipengerusikan bersama oleh agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Terdahulu, beberapa pegawai Palestin menganggarkan usaha membina semula Gaza menelan kos lebih AS$6 bilion (RM18.9 bilion).

"Sejumlah 17,000 unit rumah sama ada musnah atau rosak teruk dalam perang terbaharu di Gaza manakala 5,000 unit lagi masih perlu dibaiki akibat kerosakan yang dialami dalam beberapa kempen ketenteraan Israel sebelum ini," menurut Shelter Cluster dalam laporannya kelmarin.

Kenyataan sama menyebut usaha membina semula Gaza mengambil masa lama ekoran sekatan yang dikuatkuasakan oleh Mesir dan Israel sejak Hamas mengambil alih pentadbiran wilayah Palestin itu pada 2007.

Perang terbaharu di Gaza tercetus yang berlarutan lebih sebulan tercetus selepas Israel melancarkan udara dan darat dengan alasan untuk menghentikan serangan roket Hamas ke dalam wilayahnya


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI