
Kereta bau busuk? Kami nak ajarkan satu cara untuk memastikan kereta anda sentiasa wangi malah tak salah rasanya jika untuk mengatakan bau yang dihasilkan adalah sama seperti baru keluar dari showroom.
Kebiasaannya perihal mengenai kereta hanya melibatkan golongan lelaki, malah
ada yang sanggup menghabiskan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk memastikan keadaan kereta mereka sentiasa berada di dalam keadaan tip-top tidak kira di dalam mahupun di luar.
Bahan yang digunakan pula adalah murah dan sentiasa berada di dalam rumah kita. Tak salah mencuba bukan?
Berikut adalah cara-cara yang ditunjukkan olehnya:
1. Sediakan 1 bekas plastik.
2. Ambil 1 getah gelang.
3. Ambil sehelai kertas tisu.
4. Satu sudu besar kopi.
Letak dalam bekas, tutup dengan tisu dan ikat dengan getah lalu simpan di bawa kerusi kereta anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.
Insyaallah, kita terhindar dari pemakaian pewangi sintetik kimiawi yang dapat merosak paru-paru dan jimat ratusan ringgit per tahun untuk membeli pewangi kereta.
Selamat mencuba dan jangan sekali kali tukar kopi dengan serbuk teh kerana lain baunya nanti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI