Kemampuan optik adalah 13 Megapixel pada bahagian belakang dan 5 Megapixel pada bahagian hadapan. Peranti phablet ini dilengkapi batreri sebesar 5000 mAh. Sebuah pengimbas cap jari juga disertakan dan ianya terbina pada bahagian butang home di dagu peranti.
Peranti ini menyokong dwi SIM dan rangkaian 4G. Kedua-dua sim boleh berfungsi secara serentak dan terdapat slot kad MikroSD berasingan. Menurut Lenovo sistem pengecasan pantas yang digunakan dapat mengecas peranti sepenuhnya dalam masa lebih kurang dua jam. Sekiranya anda mahu, Vibe P1 boleh berfungsi sebagai power bank mengecas peranti lain. Harga jualan untuk Lenovo P1 ialah RM 1199. Dengan peranti terkini Lenovo ini anda tidak perlu risau kehabisan bateri dengan pantas.


maklumat lanjut di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI