interpol pun tak hingin nak layan polis barua malaysia....pembunuh pengasas ambankdi biarkan lepas lari...editor sarawak report pulak di cari...!!!

Interpol tolak permohonan notis merah polis M'sia



Polis Antarabangsa Interpol menolak permohonan polis Malaysia supaya mengeluarkan notis merah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.

Notis merah sama seperti dengan waran tangkap antarabangsa di mana negara-negara ahli dimaklumkan mengenai individu yang mahu untuk ekstradisi.

Dalam surat kepada NGO Fair Trial International, Setiausaha Agung Interpol Jurgen Stock mengesahkan menolak permohonan pihak berkuasa Malaysia.

Dalam surat itu, Stock berkata kebiasaannya Interpol tidak mengulas mengenai kes tertentu atau melibatkan individu.

Bagaimanapun, berdasarkan signifikan laporan akhbar mengenai kes itu, beliau mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima permohonan notis merah untuk Clare Rewcastle Brown daripada pihak berkuasa Malaysia.

"Sejajar dengan prosedur operasi standard kami, satu kajian semula telah dijalankan dan, pada 9 Ogos permintaan untuk notis merah itu telah ditolak," kata Stock.

Menurutnya lagi, semua 190 negara anggota dimaklumkan keputusan itu dan dinasihatkan supaya tidak menggunakan saluran Interpol berhubung kes itu dan juga memohon untuk mengeluarkan sebarang data daripada database negara mereka.

Surat tersebut bertarikh 27 Ogos kepada Ketua Eksekutif Fair Trials International Jago Russell, sebagai maklumbalas kepada pertanyaannya pada 25 Ogos.

Clare, seorang wartawan penyiasatan yang berpangkalan di UK, telah membuat liputan berhubung dakwaan salahguna 1MDB milik negara Malaysia dan deposit berbilion ringgit kepada Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak.

Pada 4 Ogos lalu, polis Malaysia telah memperolehi waran tangkap terhadap Clare yang dikehendaki untuk siasatan atas dakwaan menjalankan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.





##



dalang di sebalik pembunuhan pengasas AmBank, Hussain Ahmad Najadi itu dibiarkan melarikan diri.

dalang lepas lari....yang dedah kemungkaran di cari...ini ape kes  najib...ini negara mafia ka...ini mak bapak lu punya ka ini negara...!!!

demokrasi berparlimen..?....kah kah kah.....polis barua dan mahkamah kartun macam tu la...tak de tuduhan yang sesuai...yang merapu juga di ambil untuk meghalalkan cara...

Suatu cubaan salah guna kuasa yang gagal ! Tak lama dahulu ada surat kepada CIA pun gagal. Syukurlah Masyarakat Antarabangsa terus mendokong standard moral dan keadilan yang tinggi

Maknanya INTERPOL peleceh polis Malaysia. Macam bodoh la. Polis kita tiada standard tak faham prosedur. Interpol pun tahu Sarawak Report lapor berita benar, sahih Dan berkredibiliti. Buku utusan berita sampah haramjadah. IGP malu je. Tak ada standard. kena peleceh Dan pelekeh.

Dah gagal notis merah dari interpol kuarkan notis kuning pulak tu untuk rally bersih4 ...warna warni betul lah puak ni ..

dan satu lagi bahan ketawa sedunia...Malaysia Boleh



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI