
Manufacturing di Gurun mempunyai 601 pekerja yang memasang kereta-kereta di bawah jenama Peugeot dan Kia.
KUALA LUMPUR – Seramai 255 kakitangan Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd. (NAM) diberhentikan kerja semalam selepas syarikat pengeluar kereta berjenama Peugeot dan Kia di Malaysia itu berdepan dengan situasi kejatuhan jualan kenderaan bermula sejak awal tahun ini.
Rata-rata pekerja yang diberhentikan itu melibatkan jawatan daripada pengurus sehinggalah operator di bahagian pengeluaran, logistik, cat, pemasangan dan teknikal di kilang NAM yang terletak di Kawasan Perindustrian Gurun, Kedah.
Pengurus Kanan Komunikasi Korporat dan Perhubungan Prinsipal Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd. (NCorp), Nor Azlina Ishak berkata, keputusan untuk memberhentikan 255 daripada 601 kakitangan atau kira-kira 42 peratus pekerja NAM itu bukan suatu yang dirancang sebaliknya dibuat dalam keadaan terpaksa.
Beliau menjelaskan, sentimen ketidaktentuan ekonomi yang berlaku ketika ini membawa kepada penyusutan ringgit di samping pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April lepas adalah faktor penyebabkan permintaan terhadap pasaran domestik serta eksport produk seperti kereta turun mendadak.
##
terlalu cerdik mengampu dan membodek akhir bab ekonomi negara di buat barang permainan untuk mendapat kedudukan yang lebih tinggi dalam kabinet cap ayam sambil mengorban hak kepentingan rakyat
puncanya rasuah ,penyelewengan dan boros mengurus negara mengakibatkan rakyat menanggung GST dan kesusutan nilai matawang.
kah kah kah....padah menimpa bila dapat menteri otak macam ini....
Kejatuhan Ringgit Bagus Kerana Rakyat Malaysia Akan Membeli Barangan Tempatan - Ahmad Maslan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI