SPRM kata akan siasat dakwaan wang disalur ke akaun Najib....main wayang ajer la....kena jerkah dengan rosmah terus teloq terkucil celah kelangkang....anak rosmah beli kondo di new york tak der teloq nak siasat....kah kah kah



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di katakan akan menyiasat laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mengatakan penyiasat mengesan hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dikreditkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hanya beberapa jam selepas membuat pendedahan tersebut hari ini, WSJ menerima jawapan itu dari SPRM, mengatakan ia akan meneliti perkara itu.

Seorang jurucakap SPRM yang dikenali sebagai Rohaizad Yaakob dipetik berkata: "Kami akan meneliti perkara itu. Kalau ada sebarang unsur rasuah, kami akan siasat."

Mengulas laporan WSJ itu, Pejabat Perdana Menteri menyifatkannya kononnya  sebagai kerja "individu tertentu" bertujuan melemahkan keyakinan dalam ekonomi, memburukkan kerajaan dan menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

Pejabat Perdana Menteri berkata dalam satu kenyataan, media tempatan tidak seharusnya menerima sebarang dokumen sebagai tulen melainkan jika disahkan pihak berkuasa yang berkenaan selepas portal berita Malaysia memetik pendedahan WSJ itu, berserta laporan laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

Sementara itu, pemimpin pembangkang hari ini menggesa Perdana Menteri menjawab dakwaan tersebut.

Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, Najib perlu meletak jawatan jika tidak dapat memberikan penjelasan berhubung dakwaan WSJ yang berbilion ringgit disalurkan kepada akaun bank peribadinya.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Najib dan isterinya melakukan pengisytiharan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan mereka untuk membersihkan nama, mengatakan penafian melalui kenyataannya sendiri, 1MDB, polis mahupun Putrajaya kini tidak mencukupi untuk menghalang persepsi negatif daripada terus merebak terhadap imej Najib dan Malaysia.

Menteri Umno, sementara itu, berdiri teguh di belakang Najib susulan pendedahan WSJ itu..

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan melalui akaun Twitter @mpkotabelud, menyelar WSJ, mengatakan beliau terkejut dengan dakwaan yang hanya menggunakan "penyiasat yang tidak bernama" sebagai sumber maklumat.

"Saya terkejut dengan dakwaan melampaui batas WSJ itu. Jika mereka benar-benar serius mengenai kesahihan, laporan itu sepatutnya menamakan sumber," tulisnya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek menasihati orang awam supaya jangan mudah percaya kepada sesuatu perkara yang belum dipastikan kesahihannya.

Menyifatkan perkara itu masih belum ada kepastian, Hasan enggan mengulas lanjut, mengatakan ia perlu dirujuk kepada Kementerian Kewangan.

1MDB ketika ini menjadi subjek inkuiri beberapa pihak berkuasa, termasuk Ketua Audit Negara, Bank Negara, polis dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).




##




kalau  ada....macam pernah dengar ayat ini....ayat menipu namanya... jawabannya  pasti tak der semua orang boleh meneka..!!!

Bab menafikan memang ayat popular  untuk menidakkan perbuatan salahlaku  para pemimpin UMNO seolah olah mereka ini maksum di mata rakyat...padahal mereka inilah jembalang tanah yang merompak rakyat...!!!

Sementera Menteri Umno, yang berdiri teguh di belakang Najib susulan pendedahan WSJ itu. menunjukkan   penyamun akan kaw tim  dengan kepala perompak ...!!!

Di namakan sumber..?...Siap ler...pasti ada kes tutup mulut atau kambing hitam di cari...UMNO dengan kerja licik siapa tak kenal seantero dunia...rasuah  atau  di amankan  dah biasa kerja mereka ini...!!!

Sementara   seekor lagi menteri cap ayam...biasalah sepupu rosmah  IQ rendah ambil jalan mudah..itulah kerja membodek rosmah dan membodohkan rakyat...


boleh percaya ke SPRM nih...cuba baca...

SPRM kata tiada kuasa dakwa pembelian kondominium mewah anak Rosmah di New York


Badan pencegah rasuah Malaysia tidak boleh menyiasat pembelian kontroversi kondominium mewah bernilai RM100 juta anak tiri Perdana Menteri kerana tiada undang-undang untuk menyiasat individu yang membeli aset di luar kemampuan mereka. ...kah kah kah kah....lawak antarabangsa SPRM...kalau kakitangan kerajaan bukan kroni laju ajer SPRM bedebah nih siasat walaupun melibatkan  kos RM 75 yang tak pasti buktinya...kah kah kah




lepas nih SPRM goyang telor ajer la

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI