Angsa yang anda lihat itu sebenarnya bukan haiwan sebenar tetapi robot menyerupai burung berkenaan dan ia akan mengelilingi keseluruhan kolam tersebut seluas enam kilometer persegi.
Robot-robot angsa itu dihasilkan oleh sepasukan pengkaji dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan disokong di bawah projek pemantauan kualiti air oleh Lembaga Utiliti Awam (PUB).
Ia dihasilkan agar menyerupai angsa supaya tidak kelihatan janggal dalam persekitaran sekelilingnya sekali gus mengindahkan kawasan landskap tasik tersebut secara semula jadi
Antara fungsi robot ini termasuk menguji pelbagai ciri fizikal air seperti bacaan alkali/asid atau pH, pergolakan air serta mengukur jumlah kandungan klorofil di dalam air tasik berkenaan.
Maklumat tersebut kemudian boleh dihantar kepada para pengkaji secara serta merta untuk tujuan perancangan masa hadapan serta dijadikan rekod tahap kualiti air tawar di Singapura.
Pandan Reservoir popular dalam kalangan warga Singapura beriadah termasuk berjoging, berdayung selain memancing pelbagai jenis ikan darat seperti tilapia

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI