menu istimewa...anda mau mencuba....bangkai tikus dan udang bersalut tepung...!!!!



Di Stoneyburn, Barat Lothian, Scotland, seorang tukang paip kehilangan selera makan hingga mampu minum jus sahaja selepas menemui bangkai tikus dalam udang salut tepung yang digorengnya.

Mohammed Ali, 37, pada mulanya memasukkan ketulan scampi, sejenis udang yang dijadikan makanan segera dari pasaraya Tesco tempatan ke dalam kuali untuk digoreng, sebelum melihat satu objek ganjil turut meluncur keluar.

Ali kemudiannya mengeluarkan objek berkenaan dari dalam minyak lalu serta merta mengenali ia merupakan bangkai tikus!

Sejak peristiwa itu Ali mendakwa dia mengalami tekanan kerana selama ini begitu menggemari scampi namun kini bukan sahaja makanan kegemarannya itu malah yang lain-lain pun tidak dapat ditelannya kerana berasa geli.

Ali juga meluahkan kekesalan kerana sering diejek oleh keluarga dan kawan-kawan ekoran insiden tersebut.

Jurucakap Majlis Barat Lothian berkata, pegawai kesihatan sedang menyiasat kes berkenaan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI