Google Street View sedia meliputi sejumlah jalan raya utama di seluruh dunia – termasuk sekitar Semenanjung Malaysia. Selain daripada jalan raya, Google juga turut meliputi rakaman dalam laut menggunakan teknologi Street View.
Sebelum ini, pelbagai lokasi utama untuk menyelam telah disokong olehnya, dan hari ini Google mengumumkan sejumlah 40 lokasi sekitar seluruh dunia diliputi dengan sokongan Street View untuk rakaman dasar laut.
Melaluinya, kini pengguna boleh menyelam bersama, melihat keadaan dalam laut, dan pada masa yang sama melihat kehidupan laut yang berubah dari tahun 2014 ke 2015.
Google juga turut mengumumkan mereka akan bekerjasama dengan lebih banyak badan yang berkaitan dalam merakamkan lebih kawasan dalam laut di sekitar seluruh dunia.
Bagi anda yang ingin menyelam bersama, mungkin boleh menyemak beberapa lokasi menarik sekitar Pasifik Selatan, Bali, dan pelbagai lokasi lain.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI