Marcel dikatakan mati akibat serangan penyakit lelah pada November tahun lalu, tetapi kematiannya tidak dilaporkan. Disebabkan jiran tetangga tidak pernah mengadu mengenai sesuatu yang luarbiasa, mayat itu hanya ditemui selepas pemilik kediaman berkenaan menyedari pasangan terbabit tidak membayar sewa sejak tahun lalu.
Dia kemudian membuat laporan kepada pihak berkuasa. Apabila anggota polis memasuki apartmen berkenaan, mereka terkejut kerana menemui mayat lelaki warga tua itu di atas katil.
Ahli patalogi di Pusat Forensik Liege, Philippe Boxho berkata, mayat manusia boleh terawet dalam persekitaran kering dan hangat. "Ia mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk mayat itu terawet.
"Walaupun bau mayat yang mula reput agak busuk, kebanyakan orang menganggapnya sama seperti bau sampah dan apabila mayat semakin reput, bau busuk kian berkurangan," katanya dalam satu kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI