Xperia C4 membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh, cip pemprosesan MediaTek lapan-teras, memori 2GB RAM, serta ruangan storan bersaiz 16GB.
Xperia C4 memfokuskan kepada kamera hadapan yang menyertakan lensa 5-megapixel dengan sokongan LED Flash. Untuk rakaman kamera belakang pula, Sony menyertakan lensa 13-megapixel. Sony turut menyertakan sokongan LTE dan bateri berkapasiti 2600mAh.
Sony masih belum memberikan petanda bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan. Memandangkan Xperia C3 telah dilancarkan sebelum ini di Malaysia, tidak mustahil kita untuk turut melihat peranti Xperia C4 ini di Malaysia.


'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI