05 April 2015

hampir putus jari gara gara pakai cincin

Angkara takut mendapatkan rawatan, seorang lelaki warga emas hampir kehilangan jari kelingkingnya selepas cincin yang dipakai tersekat pada jari.

Lelaki berusia 89 tahun yang menetap di Kampung Padang Gajah Mati, Pokok Sena, Kedah itu terpaksa menanggung kesakitan berhari-hari lamanya selepas gagal menanggalkan aksesori tersebut.

Ekoran itu, pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa dihubungi untuk mendapatkan bantuan khidmat khas bagi memujuk warga emas berkenaan.

Mangsa yang berjaya dipujuk oleh pihak Bomba dan Penyelamat kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Nerang dan kerja-kerja pemotongan cincin di lakukan di sana diikuti rawatan pada jarinya.









Cincin yang tersekat itu telah menyebabkan jari mangsa membengkak dan lebam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI