aksi remaja tempah maut




MAXIM kemudian terjatuh daripada jambatan besi tersebut.

MOSCOW – Seorang remaja Rusia maut terjatuh dari sebuah jambatan kereta api selepas dia terpegang kabel elektrik berkuasa 30,000 voltan di sini baru-baru ini.

Remaja tersebut yang dikenali sebagai Maxim, 14, dan masih bersekolah, dirakam oleh rakannya sedang memanjat jambatan setinggi 30.48 meter itu dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo.

Semasa di atas jambatan tersebut, Maxim bergerak ke hujung struktur berkenaan untuk melihat panorama yang lebih menarik. Namun, dia gagal mengimbangi badan dan berpaut pada kabel elektrik berkuasa tinggi itu.

Mangsa kemudian terjatuh ke bawah dan meninggal dunia.

Polis Rusia menyebarkan klip video aksi Maxim untuk memberi pengajaran kepada masyarakat supaya tidak melakukan perkara berisiko seperti itu.

Jurucakap polis, Jana Vasilieva berkata, kemalangan ngeri itu mengakibatkan remaja tersebut hilang nyawa sekali gus membuktikan perbuatan menceroboh landasan kereta api adalah berbahaya.

“Kita tidak dapat mengulas lebih lanjut kerana siasatan kes ini masih berjalan,” ujarnya.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI